Friday 6 November 2015

cinta yang di tinggalkan prilog

Cinta yang ditinggalkan


Prilog.

Hasni melihat jendela diluar rumah usang sambil melihat ibunya meyapu diluar laman rumahnya.
“ Ibu kalau hasni nak kerja kat Bandar ibu bagi tak?” Tanya hasni tiba-tiba kepada ibunya.
Puan hasnah menoleh ke anaknya sambil tersenyum.
“Hasni dah fikir masak-masak ke? Bukan senang nak duduk sana hasni ibu tak kisah kalau hasni nak pergi sana tapi cuba hasni fikir apa yang hasni boleh buat kat sana? Hasni bukan pelajaran tinggi.” Jawap puan hasnah pada anak kesayangannya.
“ Ibu, hasni dah fikir masak-masak ibu dari hasni duduk sini asyik fikir benda yang dah berlaku kat diri hasni, baik hasni cari kerja dan jauh dari kampung ni  buat sementara waktu, hasni tak mampulah ibu nak hadap muka azman hari-hari.
Puan hasnah mula berjalan kearah hasni, dia tahu anaknya sungguh terluka dengan perbuatan azman yang meninggalkan hasni saat-saat akhir pertunangan mereka.
“ Hasni benda yang dah berlaku kita tak mampu nak lawan hasni Allah s.w.t dah tetapkan jadi bergitu kita tak mampu nak halang, ibu tahu hati anak ibu terluka,hati ibu pun turut terluka dengan apa yang dah terjadi tapi ibu redha dengan apa yang terjadi dan ibu bersyukur sebab hasni belum menjadi isteri azman,cuba hasni bayangkan kalau benda ni jadi masa hasni jadi isteri dia hasni mesti lagi terluka biar jadi sekarang jangan jadi selepas hasni dah jadi isteri lagi merana hidup.” Jelas puan hasnah panjang lebar kepada hasni.
Hasni senyap sambil menarik tangan ibunya mencari satu kekuatan dalam dirinya untuk menhadapi saat-saat sukar baginya untuk dia hadapi.
“Ibu buruk sangat ke hasni ni sampaikan azman memilih adik hasni sendiri?” mata hasni mula merah menahan sebak di dada, sampai hati mila buat kakak bergini walaupun kita berlainan ibu tapi kakak tetap kakak mila. Hasni merintih dalam hatinya.
“Sabar hasni ibu tahu bukan senang hasni nak hadap benda ni banyak kan berdoa ye hasni, apa kita nak buat kalau abah sendiri pun terima je dengan keputusan azman.” Puan hasnah kesal dengan tindakan suaminya,baginya encik borhan tidak adil pada anaknaya walaupun puan hasnah tahu selama ni suaminya memang seorang yang berat sebelah pada mereka berdua.
“ Abah memang selalu belahkan keluarga sana ibu seperti hasni ni bukan anak kandungnya sendiri.” Kata hasni sambil senyum sinis.
“Tak baik macam tu hasni kita doakan yang baik-baik je pada mereka, biarlah mereka senang hati sekarang ibu taknak hasni berdendam dengan mama ita dan mila kalau itu dah pilihan azman kita terima je dengan hati yang terbuka ibu selalu doakan yang anak ibu ni akan dapat suami yang lebih baik dari azman.” Kata puan hasnah pada hasni baginya apa yang berlaku mesti ada hikmahnya.
“Macam mana ibu boleh sabar dengan abah sedangkan ibu tahu abah tak pernah adil dengan ibu lebihkan mama ita walaupun ibu bini bertama abah tapi abah mesti adil dengan ibu.”
“Nak buat macam mana hasni ibu bukan pilihan abah hasni, ibu hanya pilihan nenek, pilihan keluarga abah bukan pilihan hati abah. Ibu kena sedar diri, walaupun abah tak adil pada ibu tapi abah hasni masih memberi nafkah pada kita itu pun dah cukup pada ibu, ibu mampu bagi makan pada hasni.” Kata puan hasnah sambil pegusap kepala anak daranya.
“Bagi nafkah makan saja tak cukup ibu,hasni nak sambung belajar kenapa abah tak bagi kenapa bila mila nak sambung belajar abah bagi sedangkan mila dapat belajar dipegajian swasta tapi hasni sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan.”kata hasni dengan geram.
Puan hasnah hanya mampu memandang anak tunggalnya. Ini semua hasutan dari madunya untuk tidak memberi izin pada hasni untuk sambung pegajian yang lebih tinggi bagi rozita anaknya hanya patut duduk dirumah sahaja.
“Hasni macam nil ah ibu rasa ibu setuju kalau hasni nak pergi ke kuala lumpur tu nanti ibu telifon gan mak su kamu yang ada disana mesti dia boleh tolong kamu.” Cadang puan hasnah pada hasni.
“Betul ke ibu? Alhamdulillah sebab ibu bagi izin dekat hasni nak pergi ke kuala lumpur, lagipun hasni ingat nak kerja kumpul duit dan nak nak sambung belajar hasni kat sana. Hasni tak perlu duit abah untuk tanggung hasni kalau hasni sambung pelajar nanti.”kata hasni dengan ceria.
“Nanti ibu bagitahu abah yang hasni nak ke kuala lumpur dan duduk di rumah mak su. Dan mak su kamu mesti gembira ada juga kawan dia kat sana nanti,mak pun risau kat mak su kamu tu umur dah lanjut tapi taknak kahwin lagi.”
“Nak risau apa ibu umur mak su bukan tua sangat baru 32 tahun tak Nampak tua pun mak su lagi bertambah cantik lagi adalah, tak pun biar hasni kerja dengan mak su jaga butik dia tu.”
“Iyalah mak lupa hari tu mak su kamu ada telifon katanya butik dia tengah cari perkerja baru sebab perkerja lama dah berhenti kerja ikut suami dia.”
“hah bangus sangatlah tu nanti malam ibu call mak su kata lusa hasni nak pergi sana, hasni nak lupakan apa yang jadi kat hasni dan hasni nak uabh nasip hasni, hasni nak tunjuk kata bah yang hasni pun bagus dari mila.” Kata hasni dengan semangat.